suria

Kerana paha sangat besar, lelaki ini digelar 'Quadzilla'

Peha Robert lebih berotot bagi saiz badan yang biasa. Foto Robert Forstemann/Facebook

KISAH paha besar Robert Förstemann mula tular di Internet semasa Sukan Olimpik musim panas 2012 di London.

Pahanya sangat berotot berbanding saiz badan lelaki biasa. 

Sejak itu, beliau menjadi terkenal dan diberi gelaran "Quadzilla" kerana pahanya. 'Quad' bermaksud otot besar di bahagian paha.

Seorang penyampai pernah mengambil ukuran paha pelumba basikal warga Jerman itu, dengan kiraan diameter 28 inci.

Pengiraan ukuran paha itu bukan hanya sekali, malah pernah mencatatkan kiraan 34 inci, saiz yang lebih besar dari pinggang segelintir wanita.

Foto Robert Forstemann

Pada 2015, paha Robert Förstemann diuji kekuatannya di mana beliau diminta mengayuh pedal bagi menjana kuasa elektrik untuk menghidupkan pembakar roti dengan kuasa 700 watt.

Menerusi kayuhan itu, beliau berjaya menghidup pembakar roti dan membakar sekeping roti.

Seperti yang anda boleh bayangkan, pelumba basikal berusia 32 tahun itu menghabiskan banyak di gim untuk mengekalkan pahanya yang besar dalam bentuk yang optimum, dan masih bertanding di peringkat tertinggi.

Förstemann memperoleh pingat gangsa dalam acara pecut dan pingat perak bagi acara keirin, menerusi Kejohanan Jerman baru-baru ini. - odditycentral

peha

Artikel Lain