suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sayang bini, anak sumbat mak rumput!

SEORANG lelaki dilihat cuba memaksa ibunya makan rumput gara-gara warga emas itu bergaduh dengan isterinya.

Dia kini terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka selepas seorang penduduk kampung memberitahu wartawan di China bahawa wanita itu, yang berusia 80-an dipercayai menghidap Alzheimer.

Video itu dirakam di kampung Dinjia, wilayah Hunan dan lelaki itu hanya dikenali dengan nama keluarga, Liang.

Penduduk kampung berkenaan, Zhao Longcan berkata insiden berlaku pada 13 Julai selepas timbul perselisihan faham berhubung kegunaan rumah ibunya.

Longcan berkata akibat pertengkaran itu, lelaki terbabit telah menyumbat rumput ke dalam mulutnya ibunya supaya dia diam, menurut KanKan News.

Penduduk kampung memerintahkan dia menulis permintaan maaf kepada awam.

Dia menulis: "Saya paksa ibu saya makan rumput kerana dia bertengkar dengan isteri saya. Sebagai seorang anak, saya bersalah. Tolong jangan contohi saya. Saya minta maaf, ibu."

Siasatan polis telah dilancarkan.

rumput, ibu, gaduh

Artikel Lain