suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Turki Terbabas, Nyaris Terjunam Ke Laut Hitam

SEBUAH pesawat penumpang terbabas hanya beberapa meter dari laut ketika mendarat di lapangan terbang di utara Turki.

Penerbangan Pegasus Airlines berlepas dengan lancar dari Ankara dan mendarat di Trabzon, tetapi terbabas dari landasan.

Bagaimanapun, tiada yang cedera atau terkorban dalam kejadian itu.

Imej dramatik yang dirakam penyiaran CNN Turk menunjukkan kapal terbang itu bagai tergantung di tebing hanya beberapa meter dari Laut Hitam dengan tayarnya tersangkut pada lumpur.

Gambar lain yang dirakam agensi berita Dogan pula menunjukkan asap keluar dari kapal terbang berkenaan.

Pegasus Airlines mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan 162 penumpang dengan dua juruterbang dan empat kru kabin selepas dikeluarkan dari pesawat itu.

Setakat ini, punca kejadian belum diketahui tetapi siasatan masih dijalankan, kata pegawai gabenor Trabzon.

Salah seorang penumpang, Fatma Gordu, keadaan panik berlaku ketika pesawat itu mendarat.

"Muncung kapal terbang terjunam dan semua penumpang menjerit panik," katanya agensi berita Anadolu.

Sehingga kini, lapangan terbang itu ditutup buat sementara waktu sehingga pagi Ahad.

Pegasus, Laut Hitam

Artikel Lain