suria

Cerai Kerana Malas Mandi

TAIPEI: Tabiat malas mandi melampau seorang wanita membawa padah apabila suaminya bertekad untuk menceraikannya.

Pasangan kepada lelaki yang tidak didedahkan nama itu dikatakan hanya mandi sekali setahun dan mengambil masa sehingga enam jam untuk membersihkan dirinya yang terlalu kotor.

Tabiat buruk isterinya itu telah menyebabkan mereka tidak lagi melakukan hubungan intim, sekaligus membatalkan hasrat mereka untuk memiliki anak.

Selain malas mandi, wanita tersebut turut memaksa suaminya untuk tidak bekerja dan menjaga bapanya yang sakit.

Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai sumber kewangan tetap dan terpaksa bergantung kepada ibu mertuanya.

Bagaimanapun, pada tahun 2015, lelaki ini nekad untuk berpindah dari rumah tersebut dan bekerja di Hsinchu di utara Taiwan tanpa pengetahuan isterinya.

Tidak berapa lama kemudian, isterinya mendapat tahu tentang perkara itu dan terus memaksa suaminya itu berhenti dan pulang semula ke rumah.

Susulan kejadian, lelaki itu akhirnya pulang ke rumah dan memfailkan penceraian terhadap isterinya yang dikahwini sejak 10 tahun lalu.

Sebelum melangsungkan perkahwinan, lelaki itu mendakwa isterinya itu akan mandi sekurang-kurangnya sekali seminggu, namun keadaan semakin parah setelah mereka berkahwin.
Hsinchu, mandi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain