suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duterte Dedah Rahsia Kunyah Gula-Gula Getah

PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte mengaku tabiat mengunyah gula-gula getah di tempat awam, termasuk ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin dunia dapat melegakan sakit tulang belakang yang dialaminya.

Menjelaskan mengenai tabiatnya itu kepada orang ramai ketika menyampaikan ucapan pada majlis tertutup baru-baru ini, Duterte mencadangkan kepada mereka bagaimana dia perlu dibayar untuk khidmatnya kepada masyarakat.

"Anda cuba perlu bayar dalam bentuk gula-gula getah, kerana sekurang-kurangnya ia mengurangkan kesakitan ketika saya menguyah," katanya seperti yang dilaporkan SouthChina Morning Post menerusi ucapannya yang telah diedarkan.

Beliau berkata, ia mempunyai kaitan dengan masalah tulang belakang yang dialaminya, namun dia tidak menjelaskan dengan lebih lanjut.

"Ia mengurangkan sedikit rasa sakit," katanya.

Masalah tulang belakang dialaminya kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menaiki motosikal.

Malahan pada 2006, Duterte telah mengambil ubat penahan sakit yang biasanya diberikan kepada pesakit kanser atau penyakit kronik lain.

Duterte yang berkata, dia mengalami masalah migrain, selain penyakit jandung iaitu saluran darah membengkak disebabkan terlalu kerap merokok.


Duterte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain