suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Bom Kereta Api: Remaja Ditahan, Dalang Masih Bebas

LONDON: Polis Britain menahan seorang remaja berusia 18 tahun di Dover, selatan negara itu, dalam usaha memburu dalang di sebalik letupan bom kereta api di sini yang mencederakan 30 orang.

Remaja terbabit ditahan di Dover, tempat feri berlepas ke Perancis.

Perdana Menteri Theresa May mengumumkan tahap keselamatan tertinggi lewat Jumaat bererti serangan dijangka sedang dirancang di negara itu.

Pada masa sama polis bersenjata serta tentera dikerah mengawal lokasi strategik dan memburu suspek yang disyaki menggunakan bom buatan sendiri.

Bom buatan itu melepaskan bebola api di dalam gerabak kereta api dipenuhi penumpang pada waktu sibuk, tetapi ia dipercayai gagal meletup sepenuhnya.

Letupan di stesen kereta api bawah tanah Parsons Green itu adalah serangan pengganas kelima di Britain tahun ini dan diakui dilaksanakan Daesh.

Sementara itu, Penyelaras Kebangsaan Kanan Polis Antikeganasan, Neil Basu berkata, pihaknya telah  membuat tangkapan, bagaimanapun tahap ancaman masih dikelaskan kritikal.

Semalam, Britain mengerahkan ratusan askar di tempat strategik seperti loji nuklear dan lokasi pertahanan lain untuk membolehkan polis bersenjata menumpukan sepenuhnya usaha memburu suspek kejadian berkenaan.

Kali terakhir Britain diletakkan dalam keadaan amaran kritikal susulan kematian 22 orang di konsert penyanyi pop Ariana Grande di Manchester pada Mei lalu.

Sebelum itu, ia diisytiharkan selepas serangan di London pada 2007.


Parson Green

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tujuh Militan Dihukum Mati

Artikel Lain