suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tukang Paip Mangsa Letupan

Gambar Hiasan

SHANGHAI: Kerja-kerja membaiki saluran paip gas bocor bertukar tragedi apabila berlaku letupan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya lima maut.

Dalam kejadian sekitar jam 2.45 petang Selasa di bandar Songyuan dalam wilayah Jilin itu, 89 yang lain cedera.

Nahas di timur laut China itu dikatakan yang kedua berlaku dalam tempoh seminggu, lapor agensi berita Xinhua.

Bagaimanapun, agensi itu tidak menamakan pemilik jaringan paip terbabit. Xinhua berkata, pekerja sedang membaiki bahagian paip apabila berlaku kebocoran.

Katanya, letupan menjejaskan pesakit dan kakitangan di sebuah hospital berhampiran, namun tidak memberi butiran lanjut.

Usaha menyelamat sedang dilakukan dan siasatan sudah dilancarkan.

Letupan Songyuan itu selepas insiden sama di wilayah barat daya China di Guizhou Ahad lalu, apabila sekurang-kurangnya lapan maut akibat letupan saluran gas asli yang dikendalikan China National Petroleum Corp.- Reuters



Songyuan, China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain