suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenapa Pakcik Ini Digelar 'Lelaki Hutan Bangladesh'?

ABDUL Samad Sheikh, seorang pemandu lanca berusia 60 tahun dari Bangladesh membuktikan sumbangannya penuh bermakna apabila menanam sekurang-kurangnya sebatang pokok setiap hari sejak berusia 12 tahun.

Ini bermakna beliau telah menanam lebih 17,500 pokok yang boleh diibaratkan sebagai sebuah hutan kecil.

Bayangkanlah sekiranya semua orang mengikuti jejak beliau, pasti dunia ini penuh dengan kehijauan dan kesegaran.

Abdul Samad diberi gelaran sebagai "Tree Samad" (Samad Pokok) di kampung halamannya di Faridpur, tengah Bangladesh.

Walaupun hanya bekerja sebagai pemandu lanca dengan upah kira-kira AS$1.25 (RM5.37) sehari yang cukup-cukup untuk menampung makanannya sekeluarga, tetapi beliau masih berupaya membeli sekurang-kurangnya sebatang pokok dari Pusat Hortikultur Faridpur, setiap hari.

Beliau menyifatkan tindakan itu adalah tanggungjawabnya kepada dunia, dan mendakwa tidak dapat tidur tanpa menanam sebatang pokok pada hari berkenaan. - odditycentral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain