suria

Kru Kabin British Airways Mogok

-foto Bloomberg

LONDON: Pertikaian berkaitan isu gaji kakitangan British Airways (BA) yang masih berlarutan mendorong kru kabin syarikat itu melancarkan mogok selama dua minggu.

Tindakan itu walaupun dikatakan tidak akan memberi kesan terhadap jadual penerbangan sama ada jarak jauh atau dekat, namun boleh menjejaskan lagi imej BA.

Konflik sejak setahun lalu itu turut dilabel kesatuan sekerja Unite sebagai berada di 'tahap kemiskinan'.

Walaupun sebahagian isu membabitkan gaji itu sudah berjaya diatasi, Unite berkata, langkah mengadakan mogok itu diambil berikutan sekatan terhadap anggota kesatuan yang sebelum ini terbabit dalam tindakan perindustrian.

Sebelum ini, imej BA tercalar selepas kejadian penumpang terkandas akibat gangguan sistem komputer.

"Pelanggan akan memandang rendah keupayaan dan jenama British yang hebat ini akan terus tercemar.

"Sehubungan itu, kami meminta British Airways supaya berhenti daripada mengeluarkan sebarang ancaman dan menghentikan sekatan, supaya pertikaian yang sudah lama ini dapat ditamatkan," kata pegawai kebangsaan Unite, Oliver Richardson.

Sementara itu, BA memberi amaran tindakan sewajarnya akan diambil terhadap kru kabin yang menyertai mogok itu.

Namun, mereka memberi jaminan bahawa semua penumpang akan selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Syarikat penerbangan itu berkata, semua penerbangan akan beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gatwick dan London City.

Katanya, sebahagian kecil lagi perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow akan digabungkan bagi memudahkan operasi. - Reuters

mogok, British Airways

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain