suria

Stokin Aidilfitri Trudeau

PERDANA Menteri Justin Trudeau meraikan dua acara sekali gus melibat kan sambutan Aidilfitri dan perarakan anjuran golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LBGT).

Bagaimanapun tindakan pemimpin Kanada pada Ahad lalu itu telah menimbulan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen menerusi media sosial.

Tampil dengan gaya bersahaja dan ceria menjayakan kedua-dua majlis itu, Trudeau telah menarik perhatian ramai.

Stokin gabungan pelbagai warna umpama pelangi yang dipakainya menjadi tumpuan.

Trudeau dan isteri, Sophie Gregoire serta anak mereka, Xavier dan Ella-Grace melambai ke arah orang ramai yang menyertai perarakan di Toronto pada Ahad.


Sarung kaki itu dikatakan bagi memperingati insiden Rusuhan Stonewall pada 1969 susulan pengerakan hak kumpulan LGBT.

Ternyata stokin Trudeau itu mendapat liputan meluas hingga gambar beliau memakai sarung kaki itu telah dikongsi ratusan ribu netizen seluruh dunia.

Sarung kaki itu dibuat pengeluar Halal Socks yang berpangkalan di Toronto.



Trudeau, Aidilfitri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain