suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tertimbus Hidup-Hidup

BEIJING: Lebih 100 orang dipercayai tertimbus hidup-hidup dalam bencana tanah runtuh di China, lapor agensi berita Xinhua.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 40 kediaman di perkampungan Xinmo musnah susulan kejadian yang menimpa daerah Mao­xian di wilayah Sichuan itu.

Pemerintah daerah itu berkata, semua kediaman itu tertimbus selepas lereng gunung runtuh dan menimbus laluan air sepanjang dua kilometer di sungai berhampiran.

Laporan Xinhua juga menyatakan, sebahagian gunung berkenaan yang terletak di Tibet dan Wilayah Autonomi Aba telah runtuh.

Insiden itu dilaporkan berlaku akibat hujan lebat yang turun kira-kira pukul 6 pagi (waktu tempatan).

“Seluruh kampung musnah, semuanya tertimbus,” kata seorang lelaki dalam rakaman video yang disiarkan akhbar tempatan, Sichuan Daily.

Selain itu, stesen televisyen China, CCTV pula melaporkan, seramai 400 anggota penyelamat termasuk polis terlibat dalam usaha menyelamat. 

Xinmo, Sichuan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mesir Ampun Banduan

Artikel Lain