suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hari-Hari Pergi Disneyland

Jeff Reitz sentiasa merasai keseronokan setiap kali berkunjung ke Disneyland. Foto Disney366/Facebook

RAMAI orang suka berkunjung ke Disneyland, tetapi bukan semua merasai pengalaman yang begitu menyeronokkan seperti seorang veteran tentera udara ini.

Jeff Reitz, 44, yang berasal dari Pantai Huntington, California, mengunjungi taman tema Disney setiap hari sejak 2,000 hari lalu.

Aktiviti itu umpama rutin harian Reitz, dan selepas lebih lima tahun, keajaiban Disney masih tidak membosankannya.

Menurut rekod, Reitz mula berkunjung ke Disneyland Resort di Anaheim pada 1 Januari 2012, selepas menerima hadiah berupa pas masuk tahunan ke taman tema itu.

Sejak itu dia tidak pernah terlepas membuat lawatan ke Disneyland.

Dia ketika itu menganggur dan melawat taman tema merupakan sesuatu yang dinantikannya setiap hari selain dapat memberi semangat dan motivasi kepadanya.

Walaupun Reitz kini sudah bekerja, tetapi dia masih dapat meluangkan masa di Disneyland pada setiap petang.

Menurut Reitz, permainan kesukaannya adalah Matterhorn Bobsleds, selain turut suka berjalan di sekitar taman dan berbual bersama kakitangan dan pelawat lain.

"Saya masih menikmati saat yang menyeronokkan di sini," katanya kepada Disney Examiner.

"Berkunjung ke sini sentiasa menjadi satu pengalaman yang berbeza," katanya. - odditycentral

Disneyland

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain