suria

Macam Mana Boleh Berlanggar?

INSIDEN pelanggaran pesawat dan kereta di Lapangan Terbang Alicante-Elche, Sepanyol. - Mail Online

PENUMPANG yang menaik sebuah jet mengalami detik-detik mencemaskan apabila pesawat yang dinaiki berlanggar dengan sebuah kereta, hanya beberapa minit sebelum berlepas.

Kejadian menakutkan itu berlaku di Lapangan Terbang Alicante-Elche di Sepanyol melibatkan pesawat Vueling yang dinaiki 153 penumpang dan krew.

Dalam insiden itu, pesawat yang menuju ke Rome berkenaan bergerak ke arah landasan sebelum berlanggar dengan sebuah kereta, menyebabkan enjin kanan jet terbabit mengalami kerosakan.

Walaupun tiada penumpang yang cedera, kapten pesawat mengarahkan mereka untuk keluar supaya pemeriksaan lanjut dijalankan, sekali gus menyebabkan penangguhan penerbangan selama tujuh jam.

Pakar penerbangan berkata, kesemua penumpang dianggap bertuah kerana pesawat itu bergerak perlahan ketika pelanggaran dan mengelak kejadian yang lebih buruk.

Pesawat Vueling mengalami kerosakan di bahagian enjin akibat pelanggaran dengan sebuah kereta. - Mail Online

Vueling dalam kenyataannya berkata, kereta terababit sepatutnya tidak diletakkan berhampiran landasan atau pesawat itu, kerana juruterbang tidak menyedari kehadiran kenderaan tersebut.

Antara bahagian yang rosak termasuk tangki minya dan satu daripadanya enjinnya.

Kesemua penumpang diberikan penerbangan ganti ke Fiumicino.

Satu siasatan penuh telah dibuka untuk menyiasat kejadian itu termasuk mengenalpasti punca kenderaan terbabit diletakkan berhampiran landasan ketika pesawat terbabit bersedia untuk berlepas.

Pemandu yang didapati meninggalkan kereta tersebut berkemungkinan dikenakan tindakan disiplin atau perlu membayar kerugian ekoran insiden itu. - MAIL ONLINE

Pesawat, Kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain