suria

Kereta Rempuh Jemaah Masjid

Orang ramai bergegas ke lokasi kemalangan.

ENAM termasuk tiga kanak-kanak dikejarkan ke hospital selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan jemaah yang baharu sahaja selesai menunaikan solat raya di Majid Sentral Newcastle.

Polis berkata kemalangan di perkarangan Westgate Sports Centre yang berlaku pukul 9.14 pagi waktu tempatan itu dipercayai tiada kaitan dengan unsur keganasan.

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dipercayai mengalami kecederaan serius manakal seorang wanita berusia 42 tahun ditahan selepas kemalangan itu.

Rakaman video menunjukkan orang ramai bergegas ke lokasi kemalangan itu.

Ratusan umat Islam berada di pusat sukan itu untuk meraikan Aidilfitri.

Penolong Ketua Konstabel Darren Best berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.14 pagi.

"Kami terima panggilan kecemasan mengenai sebuah kereta merempuh pejalan kaki di perkarangan Westgate Sports Centre, Newcastle.

"Ketika kejadian sekumpulan jemaah berada di kawasan itu untuk meraikan sambutan Aidilfitri," katanya.

Unit kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian termasuk enam ambulans, dua kenderaan paramedik, ambulans udara dan empat kenderaan pasukan bertindak kawasan berbahaya.

Pihak pengurusan Masjid Sentral Newcastle berkata kemalangan berlaku sebaik sahaja jemaah meninggalkan masjid selepas solat raya.

"Sebaik sahaja selesai solat raya, ketika orang ramai sedang meninggalkan masjid, sebuah kereta merempuh pejalan kaki. Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan," demikian menurut kenyataan itu.

Newcastle, Aidilfitri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain