suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Maut Terkena Renjatan Elektrik

LIMA termasuk dua remaja dan seorang kanak-kanak maut selepas terkena renjatan elektrik di sebuah taman tema air di Turki.

Menurut laporan media tempatan, kesemua mangsa sedang mandi-mandi di dalam kolam renang taman tersebut.

Pengurus taman tema itu dan juga anaknya masuk ke dalam kolam dan cuba menyelamatkan kesemua mangsa.

Kesemua mangsa dikejarkan ke hospital tetapi gagal diselamatkan.

Kakitangan taman tema itu yang terletak kira-kira 93 kilometer dari timur Istanbul kemudian mematikan bekalan elektrik di lokasi kejadian.

Dua lagi cedera selepas menyentuh pagar logam berhampiran kolam renang itu.

Polis sedang mengenal pasti punca kejadian itu.

Rakaman televisyen menunjukkan ambulans sedang menunggu di luar taman tema air itu dan beberapa individu berkumpul di perkarangan Hospital Akyazi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain