suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Pengganas Di Masjidil Haram Digagalkan

MAKKAH: Pasukan keselamatan Arab Saudi pada Jumaat menggagalkan plot pengganas yang mensasarkan Masjidil Haram di Makkah, kata jurucakap keselamatan Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki.

Beliau berkata operasi itu dirancang tiga kumpulan pengganas, dua yang berpangkalan di Makkah satu di Jeddah.

Serangan itu disasarkan terhadap jemaah di Masjidil Haram, kata Agensi Berita Saudi.

Serangan pertama di daerah, Aseelah, Makkah manakala yang cubaan kedua yang disasarkan di kawasan Ajyad Al-Masafi masing-masing berjaya digagalkan.

Seorang pengebom berani mati yang bersembunyi di bangunan tiga tingkat di Ajyad melepaskan tembakan rambang ke arah pasukan keselamatan selepas enggan menyerah diri.

Dia kemudiannya meletupkan diri selepas pasukan keselamatan mengepung kawasan tersebut.

Bangunan itu runtuh akibat letupan tersebut.

Enam ekspatriat cedera dalam kemalangan itu dan dikejarkan ke hosputal.

Lima anggota keselamatan turut cedera ringan dalam insiden itu.

Pasukan keselamatan berjaya menahan lima suspek termasuk seorang wanita yang sedang disoal siasat.

Identiti suspek bagaimanapun tidak boleh didedahkan kerana siasatan masih dijalankan.

Makkah, Masjidil Haram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain