suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Polis Diserang Di Paris

Gambar lokasi kejadian selepas kereta yang dipandu seorang lelaki merempuh van polis dan mengeluarkan bahan letupan di Avenue Champs Elysees di Paris, lewat malam Isnin. Foto AP

SEBUAH kereta dilaporkan secara sengaja merempuh sebuah van polis sebelum berlaku kebakaran di Avenue des Champs-Élysées di tengah polis, kata polis.

Pemandu kereta yang dalam pemerhatian keselamatan maut dalam insiden yang berlaku lewat malam Isnin.

Polis menemui sebilah pisau, pistol dan botos gas di dalam kereta suspek.

"Pasukan keselamatan di Perancis menjadi sasaran sekali lagi," kata Menteri Dalam Negeri, Gerard Collomb.

Beliau menyifatkan insiden yang berlaku sebagai satu cubaan serangan.

Dilaporkan tiada kemalangan jiwa dalam insiden tersebut.

Pada April lalu, seorang anggota polis ditembak mati manakala dua lagi cedera dalam satu serangan di Champs-Élysées.

Kejadian berlaku hanya beberapa hari sebelum pilihan raya presiden. - bbc.com

Artikel Sebelum

Artikel Lain