suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi Grenfell: 42 Mayat Dalam Satu Bilik?

SATU dakwaan berhubung insiden kebakaran di Menara Grenfell, London pada minggu lalu mendedahkan sebanyak 42 mayat ditemui dalam satu bilik oleh pasukan mencari dan keselamatan.

Dipercayai mayat kesemua mangsa itu ditemui di dalam salah sebuah unit pangsapuri tersebut beberapa hari lalu.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Youtube menunjukkan seorang lelaki yang tidak bernama bercakap di hadapan bangunan menara yang hangus itu.

Lelaki berkenaan berkata: "Saya mempunyai seorang rakan yang bertugas untuk pasukan bomba di sini. Semalam menerusi panggilan telefon, dia memberitahu meeka menemui kira-kira 42 mayat dalam satu bilik, semuanya bersembunyi bersama. Tiada siapa yang tahu mengenainya.

"Hanya kerana kami kenal lelaki itu yang merupakan anggota bomba memberitahu kami berhubung perkara ini, tetapi dia tidak boleh cakap banyak.

"Dia tidak boleh tampil kerana dia mungkin akan dipecat atau sesuatu lain. Tetapi katanya mereka menemui 42 mayat dalam satu bilik, dari kanak-kanak kepada orang tua." - Mail Online

Artikel Lain