suria

Banduan Sorok 19 Telefon Bimbit Dalam Badan, Perut

X-ray menunjukkan beberapa telefon bimbit disembunyikan dalam badan banduan. - Mail Online

SAO PAULO: Pihak penjara di Brazil terkejut dengan penemuan 19 telefon bimbit di dalam badan tiga orang banduan yang cuba menyeludup masuk peralatan itu ke dalam penjara.

Penemuan itu didedahkan selepas pengesan metal mendapati sesuatu di dalam badan mereka ketika pemeriksaan rutin di sebuah penjara di Presidente Bernardes dekat Sao Paulo.

Ketiga-tiga mereka kemudiannya menjalani ujian X-ray dan pihak berkuasa mendapati 'barang' yang disembunyikan dalam badan mereka itu merupakan telefon bimbit.

19 buah telefon bimbit yang cuba disorokkan dalam badan banduan. - Mail Online

Seorang daripadanya menyimpan lima telefon pintar di bahagian belakang badan manakala seorang lagi menyorokkan empat buah telefon.

Banduan ketiga pula menyorokkan 10 telefon di bahagian dalam perut termasuk alat bantuan pendengaran.

Dua banduan yang menyimpan telefon di belakang badan mereka tidak memerlukan rawatan tetapi banduan ketiga perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan gajet berkenaan.

Polis merampas kesemua telefon tersebut dan ketiga-tiga banduan itu kini disiasat. - MAIL ONLINE


Banduan, Brazil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain