suria

Api Marak, Penghuni Pangsapuri 24 Tingkat Di London Terperangkap

LONDON: Penghuni blok pangsapuri setinggi 24 tingkat dipercayai terperangkap dalam kebakaran bangunan itu pada awal pagi Rabu , lapor media Britain.

Pasukan bomba London berkata, 40 jentera dengan 200 anggota telah dikerahkan ke Menara Grenfell di Jalan Latimer, White City.

Gambar turut dikongsi pasukan itu menerusi Twitter ketika api sedang marak di blok bangunan itu.

Menurut The Guardian, pangsapuri berkenaan menempatkan lebih 200 penghuni.

Selain itu, The Daily Mail pula melaporkan, kebakaran merebak sehingga ke lima tingkat dan ia mencabar keupayaan pasukan bomba untuk mengawal api.

Usaha juga dilakukan untuk menyelamatkan penghuni yang terperangkap di aras yang tinggi menggunakan selimut dan tali.

Situasi cemas itu juga menyebabkan penghuni menjerit ketakutan kerana terperangkap dan bimbang tidak dapat diselamatkan.




Menara Grenfell, London

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain