suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

18 Maut, Serangan IS Di Kompleks Beli-Belah Baghdad

Keadaan di luar kompleks membeli-belah di Baghdad yang diletupkan bom. Foto AP

BAGHDAD: Sekumpulan lelaki bersenjata bertindak meletupkan ves berisi bom di dalam sebuah kompleks membeli-belah di Baghdad pada Isnin dan meletupkan bom yang dipasang di sebuah kereta berdekatan, mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang.

Insiden serangan yang didakwa dilakukan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) itu turut mencederakan 40 orang.

Menurut sumber perubatan dan keselamatan, sebanyak dua bom lagi diletupkan di bandar Muqdadiya di bahagian timur Baghdad, mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang dan mencederakan 51 yang lain.

Satu lagi letupan berlaku di tenggara pinggir Baghdad dan mengorbankan tujuh orang.

Kumpulan militan IS yang mengawal kawasan sekitar utara dan barat Iraq mendakwa terlibat dalam serangan di Muqdadiya dan di kompleks membeli-belah di Baghdad. - Reuters

Artikel Lain