suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Aegean Airlines Dilencong, Juruterbang Beri Amaran Ancaman Keganasan

SEBUAH pesawat dalam penerbangan dari Athens ke Madrid terpaksa dilencongkan ke Mallorca pagi Ahad berikutan juruterbang memberi amaran mengenai ancaman keganasan di dalam pesawat.

Portal Mail Online melaporkan juruterbang Aegan Airlines memaklumkan perkara itu kepada pusat kawalan trafik demi keselamatan penumpang.

Skuad bom menjalankan pemeriksaan sebaik sahaja pesawat berkenaan tiba di Lapangan Terbang Son Sant Joan di Mallorca.

Penumpang dan barang-barang mereka turut diperiksa selama beberapa jam.

Punca amaran itu tidak didedahkan tetapi kru meminta protokol anti keganasan dilakukan.

Pesawat itu kemudiannya menyambung penerbangan ke Madrid.

Dilaporkan bahawa juruterbang 'mengesan beberapa insiden' atau bimbang terhadap salah seorang daripada mereka di dalam pesawat.

Seorang jurucakap untuk Keselamatan Awam mengesahkan bahawa amaran tersebut adalah palsu dan tiada perkara berbahaya ditemui.

Madrid menyifatkan ia sebagai salah satu cubaan dengan menjadikan Sepanyol sebagai serangan keganasan.


Artikel Berikut

Artikel Lain