suria

Polis Tahan Lelaki Rancang Culik Anjing Obama

SEORANG lelaki yang berasal dari North Dakota ditahan selepas polis mendapat maklumat bahawa dia merancang untuk menculik Bo, iaitu salah satu daripada anjing peliharaan Presiden Barack Obama.

Pegawai polis berkata Scott Stockert merancang untuk menculik sama ada Bo atau Sunny.

Stockert, bakal dihadapkan ke mahkamah tinggi pada Jumaat atas tuduhan senjata api dalam kejadian pada Rabu di Hampton Inn berhampiran Washington Convention Center.

Sebelum ini dia mengakui memiliki senapang dan pistol berpeluru dalam trak pikapnya, demikian menurut laporan polis.

Adalah menyalahi undang-undang untuk memiliki senjata api yang tidak berdaftar di DC.

Menurut laporan itu, polis turut menemui sebilah parang.

Stockert juga membuat beberapa kenyataan aneh semasa dia ditangkap, termasuk berhasrat untuk bertanding jawatan presiden.

Malah dalam dokumen mahkamah, Stockert menyatakan dirinya sebagai anak kepada bekas Presiden John F Kennedy dan pelakon Marilyn Monroe.

Stockert telah didakwa atas kesalahan melanggar undang-undang senjata Columbia.

Obama dan keluarga mula memelihara Bo pada tahun 2009 dan kemudiannya mengambil Sunny pada tahun 2013.

Barack Obama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain