suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raja Dadah Dunia Bakal Diekstradisi Ke AS

Guzman dikawal ketat pihak berkuasa keselamatan selepas ditahan semula kerana pelbagai kesalahan jenayah yang dilakukannya di Mexico dan Amerika Syarikat.

LOS MOCHIS: Penahanan raja dadah dunia baru-baru ini seterusnya membawa kepada usaha kerajaan Mexico untuk mengekstradisi Joaquin 'Chapo' Guzman ke Amerika Syarikat (AS).

Penjenayah yang juga ketua rangkaian dadah itu ditahan semula susulan beberapa kesilapan yang berlaku termasuk memfilemkan kisah hidupnya.

Sumber memberitahu media tempatan, Pejabat Peguam Negara Mexico berusaha untuk menyerahkan Guzman kepada AS menjelang pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada injuksi yang difailkan peguam Guzman.

Guzman yang juga ketua kepada Kartel Sinaloa yang berpengaruh, dikehendaki pihak berkuasa AS atas pelbagai dakwaan jenayah.

Pertubuhannya menyeludup dadah bernilai berbilion dolar ke AS dan dipersalahkan kerana mengakibatkan ribuan nyawa terkorban di Mexico dan AS disebabkan ketagihan dan peperangan antara kartel dadah. - Reuters

Guzman, dadah, Amerika Syarikat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain