suria

10 Maut Letupan Di Pusat Pelancongan Istanbul

ISTANBUL: Satu letupan berlaku di Sultanahmed di sini pada Selasa iaitu lokasi tumpuan pelancong dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 maut.

Media tempatan turut melaporkan terdapat lebih 15 orang cedera dalam kejadian yang berlaku berhampiran sebuah taman purba Greek, Obelisk.

Polis mengepung kawasan berkenaan bagi mencegah orang ramai memasuki kawasan berkenaan berikutan kemungkinan berlaku letupan kedua.


Sultanahmet adalah destinasi utama pelancong melawat Istanbul dan kawasan berkenaan merangkumi Istana Topkapi, Masjid Biru dan Hagia Sophia.

Tahun lalu, Turki dikejutkan dengan dua kejadian bom yang besar.

Lebih 30 orang maut dalam serangan Kumpulan Negara Islam (IS) di bandar Suruc, berdekatan sempadan Turki-Syria pada Julai tahun lalu.

Selain itu lebih 100 maut dalam dua serangan bom berani mati pada Oktober di stesen kereta api di pinggir Ankara ketika orang ramai menyertai satu perhimpunan.

Istanbul, Sultanahmed

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain