suria

Tangisan Obama

WASHINGTON: Presiden Barack Obama menyampaikan ucapan penuh emosi hingga menitiskan air mata ketika menegaskan pentingnya kawalan untuk memperketatkan pembelian senjata api di Amerika Syarikat.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan menggunakan kuasa yang ada padanya selepas pihak Kongres gagal menangani isu berkenaan.

"Setiap keluarga tentunya tidak menyangka orang yang disayangi akan mati dengan cara kejam seperti ini, setiap kali saya terkenangnya apa yang terjadi kepada kanak-kanak ini saya marah, malah ia juga berlaku setiap hari di Chicago.

"Sehubungan itu, semua pihak perlu bertindak untuk bersama-sama menangani isu ini," katanya.

Rancangan yang diumumkan termasuk memperluaskan pemeriksaan latar belakang pembeli senjata api sebagai antara langkah untuk mengatasi kekejaman.

Berdasarkan peraturan baharu ini, ia mengklasifikasikan semua jenis penjualan dan pengedaran sama ada dalam pertunjukan, pasar lambak, internet atau jualan dalam kedai yang perlu mendapatkan lesen dan menjalani pemeriksaan latar belakang terhadap pembeli.

Sementara itu, Peguam Negara AS, Loretta Lynch berkata, beliau tidak dapat memberi anggaran mengenai jumlah penjual senjata api atau pembeli yang akan terbabit dengan peraturan terbaharu itu yang dikuatkuasakan oleh Biro Alkohol, Tembakau, dan Senjata Api Amerika Syarikat (ATF).

Sehubungan itu, Lynch berkata, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan menambah anggotanya sebanyak 50 peratus bagi memeriksa latar belakang pembeli, termasuk lebih 230 pemeriksa dan kakitangan baharu.

Obama, Chicago, senjata api, ATF, FBI

Artikel Sebelum

Artikel Lain