Empat Sekawan Ditahan Curi Barang Penumpang Pesawat - Dunia | mStar

Empat Sekawan Ditahan Curi Barang Penumpang Pesawat

Rakaman CCTV yang membongkar kegiatan empat sekawan mencuri barangan daripada bagasi penumpang pesawat.

EMPAT kakitangan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Lion Air kerana disyaki mencuri barangan daripada bagasi penumpang pesawat itu.

Mereka hanya dikenali sebagai S, M, A dan H.

Jurucakap Pihak berkuasa Lapangan Antarabangsa Soekarto-Hatta, Senior Komisioner Mohamamd Iqbal berkata, suspek yang dikenal pasti bekerja di bahagian pengendalian bagasi dan keselamatan.

"Mereka membuka bagasi penumpang dan mengambil beberapa barangan ketika bertugas dan ia dikesan menerusi CCTV yang dirakam," katanya yang dilaporkan agensi berita Antara.

Siasatan terhadap tiga lelaki terlibat mendapati mereka bekerjasama untuk mencuri barangan milik penumpang.

Kata Iqbal, pihaknya menahan A,H dan M pada 18 Disember selepas kegiatan mereka terbongkar menerusi rakaman CCTV pada 16 November lalu, manakala S ditahan di Kalideres di Jakarta Barat pada Isnin.

Soal siasat terhadap S mendedahkan, mereka telah 13 kali mencuri barangan penumpang tahun lalu.

Susulan kejadian itu, pengendali lapangan terbang itu akan meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelak kejadian sama berulang.  

Lion Air , Soekarto-Hatta , CCTV

Artikel Sebelum

Gempa Buatan Manusia Gegar Korea Utara

Artikel Berikut

Indonesia Hadapi Letusan Soputan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain