suria

Gempa Buatan Manusia Gegar Korea Utara

SEOUL: Korea Utara yang digemparkan dengan gempa berukuran 5.1 magnitud mengesan kejadian itu berpunca daripada kegiatan berhampiran tapak ujian nuklear negara berkenaan.

Laporan awal berkaitan gegaran yang dirasai penduduk negara itu seterusnya disahkan akibat buatan manusia.

Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, lokasi kejadian berada pada jarak kira-kira 30 kilometer dari tapak ujian nuklear Korea Utara berdasarkan koordinat USGS.

Selain itu, Agensi Meteorologi Korea Selatan pula melaporkan, gempa yang dialami itu dipercayai akibat buatan manusia.

Agensi berita tempatan pula mengesyaki berlakunya letupan di kawasan berkenaan hingga menyebabkan Pusat Gempa China mengesan kejadian gempa di Korea Utara. - Reuters


Korea Utara, nuklear, USGS, China

Artikel Berikut

Artikel Lain