suria

Wanita Cologne Demo Akibat Serangan Seksual Ambang 2016

Lebih 300 wanita mengadakan demonstrasi susulan kejadian serangan seksual di Cologne pada ambang 2016.

CANSELOR Jerman, Angela Merkel menyuarakan kemarahan susulan serangan seksual yang didalangi sekumpulan lelaki terhadap wanita di Cologne dalam kejadian pada ambang 2016 baru-baru ini.

Sekurang-kurangnya 90 laporan kes jenayah dibuat berhubung gangguan yang dilakukan kumpulan itu di stesen kereta api pada Khamis malam.

Di Colonge, sekurang-kurangnya seorang wanita dirogol, manakala ramai lagi dirompak termasuk anggota polis bantuan.

Saksi kejadian yang menggemparkan Jerman itu selain pihak polis berkata, lelaki keturunan Arab atau Afrika dipercayai terlibat.

Susulan itu Merkel menghubungi Datuk Bandar Cologne, Henriette Reker bagi menyatakan pandangannya berhubung kejadian berkenaan.

"Arahan dikeluarkan supaya usaha perlu dipergiatkan untuk memastikan pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan tanpa mengira keturunan atau latar belakang," katanya.

Kira-kira 300 wanita mengadakan demonstrasi susukan kekejaman yang dilakukan kumpulan berkenaan.

Malahan, ada yang mempersoalkan tindakan susulan Merkel selepas kejadian yang menimpa mereka.

Ketua Polis Cologne, Wolfgang Albers menganggap ia sebagai salah satu dimensi baharu jenayah dan menepis sebarang kritikan terhadap pasukannya yang bertugas pada malam kejadian itu.

Selain Cologne, wanita di sekitar Hamburg dan Stuttgart juga berhadapan serangan sama. 

Angela Merkel, Cologne, seksual, Arab

Artikel Sebelum

Tangisan Obama

Artikel Berikut

Artikel Lain