suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengurus Kewangan Kumpulan Mafia Ditahan Polis

MEXICO CITY: Pasukan keselamatan persekutuan Mexico berjaya menahan adik kepada ketua kartel dadah generasi baharu di Jalisco yang bertanggungjawab menguruskan kewangan kumpulan mafia berkenaan.

Suspek, Antonio Oseguera Cervantes, 57, ditahan oleh polis dan tentera tanpa sebarang tembakan dilepaskan ketika dia memandu keseorangan di Tlajomulco de Zuniga, barat Jalisco.

Ketua Polis Persekutuan, Enrique Galindo berkata, penahanan suspek yang menguruskan kewangan kumpulan kartel itu adalah satu kejayaan besar pihaknya.

Jelasnya, Oseguera bekerja mengikut arahan abangnya iaitu Nemesio Oseguera atau digelar “El Mencho.”

Antonio Oseguera dilapor pernah dipenjara di Mississippi, Amerika Syarikat sebelum dibebaskan pada 2011.

Pada Jun lalu, pihak berkuasa berjaya menahan anak lelaki Nemesio Oseguera iaitu Ruben Oseguera Gonzalez yang digelar “El Menchito”.

Mafia, Mexico

Artikel Sebelum

Lee Kuan Yew Menang Anugerah

Artikel Lain