suria

Bekas Teman Wanita Saman Charlie Sheen Isu Status HIV

Charlie Sheen dalam satu wawancara dalam program "Today" di saluran NBC pada 17 November lalu. Foto Reuters

NEW YORK: Bekas teman wanita Charlie Sheen pada Khamis memfailkan saman terhadap pelakon itu di atas serangan, kecuaian dan gangguan emosi, dengan mendedahkan mereka mengadakan hubungan seks sekurang-kurangnya lima kali sebelum pelakon tersebut mendedahkan dirinya menghidap HIV positif.

Scottine Ross, 26, berkata, dia bertemu dengan Sheen semasa dia bekerja sebagai pelakon filem lucah dan kemudiannya bertunang dengan pelakon itu.

Dia turut mendakwa Sheen memaksanya menggugurkan kandungan selepas dia didapati mengandung pada 2014.

Malah dia juga mendakwa pelakon itu pernah menendang dan mencekiknya beberapa kali sepanjang hubungan mereka selama setahun.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi California, ia merupakan tindakan undang-undang pertama ke atas Sheen sejak pelakon tersebut membuat pendedahan dirinya menghidap HIV positif sejak empat tahun lalu menerusi satu wawancara di televisyen pada November. - Reuters

Charlie Sheen

Artikel Lain