suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IS Dedah Video Askar Kanak-Kanak Main 'Sorok-Sorok' Tembak Tahanan

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) menyiarkan satu video baharu yang menunjukkan anggota tentera kanak-kanak dikerah menyertai permainan 'sorok-sorok' yang menjijikkan di mana mereka perlu mencari tahanan dan menembaknya.

Portal Mail Online melaporkan video yang dirakamkan di wilayah Deir ezzor di Syria itu menunjukkan enam anggota berlari melakukan pencarian ke atas tahanan yang disembunyikan.

Tahanan akan diikat tangan di belakang mereka, dan dipaksa menunggu kanak-kanak yang berumur tidak melebihi lapan tahun untuk menembak mereka dari jarak dekat menggunakan pistol.

Sekumpulan kanak-kanak yang terlibat dalam serangan mengerikan itu dikatakan berasal dari Afrika Utara dan Tajiksitan.

Sebaik sahaja menyelesaikan tugas tersebut, kanak-kanak terbabit perlu berjumpa dengan pengajar mereka di pintu utama sebuah istana lama.

Kanak-kanak berkenaan akan menyerahkan topeng muka dan pistol kepada kanak-kanak lain yang akan melakukan 'pencarian' seterusnya.

Setiap sesi, tahanan akan dijumpai di lokasi yang berbeza dan mereka tidak berpeluang untuk melarikan diri.

Pada akhir video tersebut dirakamkan salah seorang mangsa telah dipenggalkan kepalanya.

IS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain