suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IS Dedah Video Bunuh Pengintip Rusia

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) mendedahkan rakaman pembunuhan seorang ejen risikan Rusia sebagai membalas dendam terhadap serangan udara yang dilakukan negara berkenaan di Syria.

Dalam video terbaru yang dimuat naik ke laman sosial kumpulan berkenaan, seorang lelaki yang mendakwa sebagai ahli kumpulan IS bertindak menyembelih tebusan.

Namun sebelum tebusan dibunuh, lelaki berkenaan mendakwa mangsa adalah wakil kerajaan Rusia untuk melakukan intipan.

Video berdurasi selama lapan minit itu bertajuk, Kamu Akan Kecewa dan Dihina O Rusia.

Video ngeri itu juga dituju khas kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin yang bertindak sebagai perancang dalam serangan udara ke atas Syria.

Pemantau bagi Hak Asasi Manusia mendakwa, serangan Rusia tidak dapat menghapuskan militan IS sebaliknya membunuh penduduk awam.

Kebanyakan serangan dilakukan di kawasan kampung sehingga menyebabkan ratusan orang awam terbunuh.

IS, Rusia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain