suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 Maut Insiden Tembakan Di Pusat OKU Di California

Orang ramai berada di belakang garisan polis berhampiran lokasi insiden tembakan di San Bernardino, California pada Rabu. Foto AFP

SAN BERNARDINO: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan mencederakan ramai yang lain dalam satu kejadian tembakan yang dilepaskan oleh sekumpulan lelaki bersenjata di pusat untuk orang kelainan upaya di San Bernardino, California.

Polis masih memburu suspek dengan mengatakan ia mungkin melibatkan antara seorang sehingga tiga orang.

Bagaimanapun, motif kejadian masih belum dipastikan.

Pasukan penyelamat menyelamatkan mangsa yang cedera. Foto Reuters

"Jumlah awal kematian ialah 14 orang. Manakala 14 orang lagi mengalami kecederaan dan dibawa ke beberapa hospital untuk menerima rawatan," kata Ketua Polis San Bernardino, Jarrod Burguan kepada pemberita.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berkata, setakat ini tidak dipastikan sama ada insiden berkenaan merupakan serangan pengganas. - AFP


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain