suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

18 Buaya Di Zoo Sumatera Utara Terlepas Akibat Banjir

JAKARTA: Lapan belas ekor buaya terlepas dari kandang apabila sebuah zoo di Permatang Siantar, Sumatera Utara dilanda banjir akibat hujan lebat yang turun seharian.

Dalam kejadian 9 malam tadi itu kesemua buaya terbabit "bebas" keluar dari kandang apabila air yang naik setinggi tiga meter di Taman Haiwan Permatang Siantar (THPS) itu melepasi pagar kandang.

Media-media dalam talian memetik Pengurus Besar THPS, Nandang Suaida sebagai berkata hujan lebat mengakibatkan seluruh kawasan zoo itu ditenggelami air sehingga hanya ternampak bahagian atas bangunan sahaja.

Katanya, para petugas zoo ternampak buaya-buaya itu berenang mencari tempat perlindungan dan segera menangkap beberapa ekor haiwan terbabit.

Beliau berkata, pihaknya juga meminta bantuan polis untuk mencari dan menemui semula kesemua 18 ekor buaya itu termasuk lapan ekor yang berada di rumah orang awam dan juga di luar kawasan zoo.

"Alhamdulillah sudah tertangkap semuanya kira-kira pukul 11.48 tengah malam tadi," katanya seperti yang dipetik oleh agensi berita Antara di sini Rabu.

Nandang berkata, keadaan banjir surut pagi tadi dan pihaknya sedang menyemak data jumlah binatang dalam zoo berkenaan.-- Bernama


buaya, Sumatera Utara, banjir

Artikel Lain