suria

Kesilapan Anak Kapal, Masalah Komputer Punca AirAsia QZ8501 Terhempas

JAKARTA: Pasukan penyiasat Indonesia berkata kesilapan anak kapal dan kerosakan komputer kawalan penerbangan menjadi punca pesawat AirAsia QZ8501 hilang kawalan sebelum terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember tahun lalu sehingga mengorbankan 162 nyawa.

Berdasarkan laporan yang disiarkan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC) Indonesia pada Selasa, komputer kawalan penerbangan pesawat Airbus A300-200 itu rosak berulang kali termasuk empat kali semasa penerbangan dan 23 kali dilaporkan berlaku pada tahun sebelumnya.

"Tindakan susulan anak kapal mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengawal pesawat.

"Kegagalan tersebut mengakibatkan pesawat yang terbang secara normal sebaik berlepas, memasuki keadaan pegun yang berada di luar kemampuan dan tidak boleh dikawal oleh anak kapal,” demikian menurut laporan itu.

Pesawat AirAsia QZ8501 terhempas di Laut Jawa ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

AirAsia QZ8501, AirAsia

Artikel Lain