suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sempena Kelahiran Max, Pengasas FB Sumbang RM190 Bilion Untuk Kebajikan

LONDON: Sempena kelahiran cahaya mata sulung, pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg bersama isterinya, Priscilla Chan mengumumkan sumbangan sebanyak 99 peratus saham Facebook khusus buat generasi akan datang.

Jumlah yang dianggarkan mencecah $45 bilion (RM190 bilion) akan disampaikan menerusi sebuah yayasan kebajikan baharu.

Jutawan Lembah Silikon itu juga mengutuskan naskhah istimewa buat anak perempuannya yang diberi nama Max. Ia disiarkan Facebook bertajuk Surat Buat Anak Perempuan Kami".

Surat itu turut memaparkan gambar pasangan Zuckerberg dan isterinya, memegang bayi mereka yang dibalut selimut dengan gambar kartun ulat bulu.

Selimut itu dijual pada harga $50 empat helai.

Awal tahun ini Zuckerberg mengumumkan Priscilla sedang mengandung anak pertama mereka.

FB, Mark Zuckerberg, Max

Artikel Lain