suria

Lee Kuan Yew Menang Anugerah

SINGAPURA: Pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, dipilih sebagai pemenang anumerta Anugerah 'The Straits Times Asian of the Year 2015'.

Para editor akhbar itu memilih Lee, yang meninggal dunia Mac tahun ini ketika berusia 91 tahun, daripada sekumpulan calon, sebagai pemenang edisi keempat anugerah itu.

Lee, yang menyandang jawatan perdana menteri republik ini selama 31 tahun, dihormati dan diiktiraf ramai sebagai arkitek bagi kemakmuran Singapura melalui kejayaan beliau mengubah negara pulau ini daripada sebuah bandar pelabuhan kepada hab global yang kaya raya.

Anugerah itu diberi kepada individu atau organisasi sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar mereka dalam menambah baik kehidupan rakyat di negara masing-masing atau di negara jiran.

Pemenang anugerah pertama anugerah yang diperkenalkan pada 2012 ini ialah Presiden Myanmar Thein Sein.

Pada 2013, ia dimenangi bersama Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe.

Singapura, Lee Kuan Yew

Artikel Berikut

Artikel Lain