suria

Singapura Larang Hidang Ikan Air Tawar Mentah Pada Tahun Baru Cina

SINGAPURA: Sebagai langkah tambahan untuk melindungi pengguna daripada risiko kesihatan, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) mengenakan larangan yang berkuat kuasa serta-merta terhadap penggunaan ikan air tawar dalam semua hidangan ikan mentah siap untuk dimakan (RTE) yang dijual peruncit di negara ini.

Langkah ini diambil susulan ujian Pihak Berkuasa Makanan Agro  and  Veterinar (AVA) Singapura dan NEA yang mendapati ikan jenis itu mempunyai kandungan pencemaran bakteria lebih tinggi daripada ikan air masin dan berkemungkinan mempunyai risiko jangkitan lebih tinggi sekiranya dimakan secara mentah.

Dalam kenyataannya, NEA berkata larangan itu bertujuan melindungi pengguna dan memberi ketenangan fikiran kepada orang ramai, terutama apabila mereka menikmati hidangan 'yusheng' bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Mengenai ikan air masin yang dimaksudkan untuk dimakan secara mentah, NEA merujuk kepada ikan yang dipelihara atau dituai daripada perairan bersih serta disimpan dan diedar mengikut amalan pengurusan rantaian sejuk sewajarnya.

Kata NEA, ikan berkenaan juga perlu dikendali secara bersih sepanjang rantaian bekalannya dan disimpan berasingan daripada ikan yang akan digunakan secara masakan masak bagi mengelak pencemaran.

Menurut kenyataan itu, kebanyakan ikan yang dijual di pasar basah dan tempat lain di negara ini tidak memenuhi syarat berkenaan dan oleh itu tidak boleh dimakan mentah.

"Gerai makanan (pusat penjaja, keadi kopi, kantin, medan selera) dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan sajian makanan dikehendaki berhenti daripada menjual hidangan ikan mentah menggunakan ikan air masin sehingga mereka memenuhi semua amalan yang disyaratkan berhubung hidangan ikan mentah RTE," katanya.

Kenyataan itu berkata AVA dan NEA akan bekerjasama dengan industri untuk memenuhi pemintaan yang dijangka meningkat terhadap hidangan yusheng pada musim sambutan Tahun Baharu Cina akan datang. 

Yusheng

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lee Kuan Yew Menang Anugerah

Artikel Lain