suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang Bollywood Akan Kembali Jalani Hukuman Penjara

Sanjay Dutt
Sanjay Dutt
Sanjay Dutt

MUMBAI: Bintang Bollywood, Sanjay Dutt akan kembali ke penjara pada Khamis bagi meneruskan baki hukuman penjara tiga tahun setengah kerana kesalahan memiliki senjata api secara haram dan dikaitkan dengan insiden serangan bom berdarah di Mumbai 20 tahun lalu.

Pelakon berusia 53 tahun itu harus menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas mahkamah tinggi India mengetepikan rayuan saat akhir pada awal minggu ini.

Sanjay didapati bersalah pada 2006 kerana memiliki senjata api dibekalkan kumpulan samseng yang bertanggungjawab dalam serangan bom pada 1993.

Dalam serangan itu kira-kira 257 disahkan orang maut.

Dia yang disyaki terlibat dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 18 bulan.

Pada Mac lalu, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman terhadap Sanjay tetapi mengurangkan hukuman penjara daripada enam kepada lima tahun. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain