suria

Tawadros II Pope Kristian Koptik Mesir Yang Ke-118

Bishop Tawadros. Foto AP
Bishop Tawadros. Foto AP
Bishop Tawadros. Foto AP

KAHERAH: Bishop Tawadros, seorang lulusan farmasi yang pernah mengetuai kilang farmaseutikal milik kerajaan telah dilantik sebagai ketua gereja golongan minoriti terbesar Mesir iaitu Kristian Koptik.

Pelantikan Wagih Sobhy Bakky Suleiman itu kebetulan jatuh pada harijadinya yang ke-60.

Beliau akan menggunakan gelaran Tawadros II.

Tawadros menggantikan Pope Shenuda III, yang meninggal dunia Mac lalu pada usia 88 tahun.

Dianggarkan 10 peratus daripada 83 juta warganegara Mesir adalah terdiri daripada penganut agama Kristian Koptik.

Dilahirkan pada 4 November 1952, Tawadros II memperolehi ijazah pertama dalam bidang farmasi daripada University of Alexandria pada tahun 1975.

Beliau kemudiannya mengetuai kilang farmaseutikal milik kerajaan sehingga tahun 1986.

Dalam bidang teologi pula, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1985 dan tiga tahun kemudian dilantik sebagai paderi di Biara Saint Bishoy di daerah Wadi Natrun.

Artikel Lain