suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sarang Burung Tidak Diproses Dilarang Bawa Masuk Ke China

BEIJING: Individu yang cuba membawa masuk sarang burung tidak diproses ke China boleh didenda sehingga 5,000 yuan (US$800), memandangkan bahan itu disenaraikan sebagai produk larangan, selain buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

"Sarang burung (makanan istimewa yang dihasilkan daripada air liur burung walet) adalah antara sasaran utama kerana ia mungkin membawa virus selesema burung.

"Sesetengah produk sarang burung yang tidak diproses dengan baik mungkin turut mengandungi nitrit berlebihan yang membahayakan kesihatan manusia," kata China Daily yang memetik timbalan pengarah kuarantin haiwan biro Shenzhen, Zhen Jianchuan.

Bagaimanapun, Zhen berkata produk sarang burung di dalam tin, dibenarkan dibawa masuk memandangkan produk ini diproses pada suhu tinggi yang dapat membunuh sebahagian besar virus.

Ogos lepas, Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China meluluskan peraturan itu, dengan menyatakan individu yang memasuki negara itu perlu mengisytiharkan jika terdapat sebarang produk yang diubah suai secara genetik, haiwan daripada spesies terancam atau tumbuh-tumbuhan di dalam bagasi mereka.

Peraturan baru itu berkuat kuasa pada Khamis dengan hanya varieti di dalam tin yang dibenarkan melepasi pemeriksaan kastam.

Menurut laporan sesiapa yang gagal membuat perisytiharan atau memberi maklumat palsu boleh didenda sehingga 5,000 yuan (US$800).

Walaupun begitu, produk yang diisytiharkan mesti mempunyai sijil yang sah, jika tidak akan dimusnahkan. -BERNAMA

Artikel Lain