suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

OIC Ucap Takziah Kepada Arab Saudi Kematian 22 Rakyatnya

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu, melahirkan perasaan sedih dan terkejut berhubung kematian tragis 22 rakyat Arab Saudi dalam insiden letupan sebuah lori tangki minyak, yang melanggar jejambat di Riyadh, ibu negara Arab Saudi.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat, Ihsanoglu mengucapkan takziah dan simpati kepada Penjaga Dua Masjid Suci, kerajaan dan rakyat Arab Saudi, termasuk keluarga mangsa dan mendoakan agar mangsa yang tercedera cepat sembuh.

Laporan saksi dan pegawai dipetik sebagai berkata lori tangki minyak itu telah melanggar jejambat pada Khamis, menyebabkan bangunan dan kereta di sekitar kawasan itu terbakar dan mengorbankan 22 orang serta lebih 110 orang cedera.

Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi berkata lori tangki minyak itu telah melanggar jejambat Jalan Khureis di timur Riyadh, menyebabkan kebocoran minyak dan letupan di bilik pameran dan gudang syarikat Zahid Traktor.

Letupan itu menyebabkan gudang itu runtuh dan kerosakan teruk kepada bangunan berhampiran. Runtuhan batu, logam dan kaca yang berkecai bertaburan di sekitar kawasan berkenaan, kata laporan itu. -BERNAMA

Artikel Lain