suria

Pelancong Malaysia Ketiga Paling Ramai Kunjungi Indonesia Pada Julai

JAKARTA: Pelancong dari Malaysia merupakan pelawat asing yang ketiga paling ramai berkunjung ke Indonesia pada bulan Julai lalu, demikian menurut data Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia.

Pada bulan itu, sejumlah 81,974 pelancong Malaysia telah mengunjungi Indonesia atau 11.69 peratus daripada sejumlah 701,200 pelancong asing ke republik itu.

Portal berita Detik.Com melaporkan bahawa jumlah pelancong Malaysia pada bulan Julai tahun ini merosot sedikit berbanding tempoh sama tahun lepas yang menyaksikan sejumlah 99,805 orang Malaysia melawat Indonesia.

Pelancong Malaysia dinyatakan sebagai antara pelawat asing dari lima negara yang paling ramai bercuti di Indonesia.

Berada di tangga paling atas daripada segi bilangan pelancong asing yang melawat Indonesia pada bulan Julai ialah pelancong Singapura dengan seramai 90,937 orang (12.89 peratus), diikuti Australia dengan 90,294 orang (12.88 peratus).

Manakala China berada di kedudukan keempat dengan 62,164 orang (8.97 peratus) dan Jepun di tempat kelima dengan seramai 41,354 orang (5.9 peratus). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain