suria

PM Britain Kekalkan Nama-nama Besar Dalam Rombakan Kabinet

LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron mengumumkan rombakan kabinet pada Selasa tetapi mengekalkan beberapa nama besar termasuklah Menteri Kewangan, George Osborne dan Menteri Luar, William Hague.

Osborne, yang sejak akhir-akhir ini tidak begitu popular telah disorak bu oleh para penonton ketika sedang menyampaikan pingat kepada pemenang Sukan Paralimpik pada Isnin.

Dalam rombakan tersebut, Cameron turut menukar Menteri Kebudayaan, Jeremy Hunt, ke potfolio kesihatan manakala Menteri Pengangkutan, Justine Greening yang dilihat menjadi penghalang kepada pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow telah ditukar sebagai menteri pembangunan antarabangsa.

Tempat Greening diambil alih oleh Patrick McLoughlin.

Ini adalah rombakan kabinet Cameron yang pertama sejak mengambil alih tampuk pemerintahan dari Parti Buruh dua tahun lalu.

Tokoh politik veteran Ken Clark, iaitu bekas menteri kewangan dan sebelum ini merupakan menteri undang-undang telah dilantik sebagai menteri tanpa potfolio.

Cameron juga telah menguggurkan orang kanannya, Andrew Mitchell sebagai menteri pembangunan antarabangsa untuk mengetuai whip di parlimen.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Theresa Villiers kini dinaikkan pangkat sebagai menteri hal ehwal Ireland Utara.

Menteri Dalam Negeri, Theresa May telah dikekalkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

30 Maut Pertempuran Di Turki

Artikel Lain