suria

India Perlukan Kemahuan Politik Terima Dasar Langit Terbuka

NEW DELHI: Ekonomi Asia ke-tiga terbesar, India, memerlukan kemahuan politik untuk menerima dasar langit terbuka dengan Asean meningkatkan lagi perhubungan.

Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Datuk Dr Mahani Zainal Abidin berkata 2.7 juta pelancong India yang memasuki Asean pada 2011 merupakan peningkatan 50 peratus berbanding lima tahun lepas.

"Sekaligus, dengan menerima satu dasar langit terbuka, India boleh memanfaatkan di segi ketibaan pelancong dari Asean serta mempercepatkan usaha perindustriannya. "Dengan itu, perlu wujud kemahuan politik sambil beralih daripada pemikiran dasar perlindungan," katanya kepada Bernama semasa menjawab soalan mengenai pendekatan dasar perlindungan di dalam industri di luar jadual Perbincangan Meja Bulat mengenai Percambahan Minda Rangkaian Asean-India pada Rabu.

Asean, satu blok ekonomi yang dianggotai 10 negara, dan India, bersetuju berusaha ke arah memuktamadkan satu perjanjian berasaskan prinsip Langit Terbuka, yang meliputi perkhidmatan fret udara dan penumpang.

Selari dengan perjanjian perkhidmatan udara pelbagai hala, Perjanjian Perkhidmatan Udara ASEAN-India kemungkinan memasukkan elemen banyak syarikat penerbangan, jadual laluan terbuka, eksersais penuh hak trafik bebas ke-tiga, ke-empat dan ke-lima, sebarang kekerapan, kapasiti dan jenis pesawat dan perubahan pengukuran, dana peraturan pengangkutan sesama mod.

Awal tahun ini, Menteri Pelancongan India dan Asean menggalakkan rakan sejawatan masing-masing yang bertangunggung jawab dengan pengangkutan supaya memuktamadkan lebih awal Perjanjian Pengangkutan Udara ASEAN-India.

Ini adalah kerana signifikannya bagi meningkatkan hubungan yang boleh meningkatkan perjalanan dan mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat antara Asean dan India.

Dasar langit terbuka Asean dijangka berkuat kuasa pada 2015.

Mahani berkata hubungan yang lebih baik antara India dan Asean, yang mempunyai penduduk yang disatukan 1.8 bilion orang, boleh dicapai dengan memberi fokus pada hubungan udara, laut dan rakyat dengan rakyat.

"Hubungan darat, seperti jalan raya dan rel memerlukan pelaburan yang besar dan cabaran kekal di segi penyeragaman dan perancangan.

"Hubungan laut dan udara adalah yang terpantas kerana kebanyakan infrastruktur yang diperlukan seperti pelaburan dan lapangan terbang sudah tersedia." "Selain itu, jika pelabuhan dan lapangan terbang baharu diperlukan, ia lebih cepat dibina berbanding dengan hubungan darat dan rel," katanya.

Katanya inisiatit yang lebih berani yang baharu dan pembaharuan yang perlu, perlu dilakukan kerana jika tidak ia akan menghadkan prospek kerjasama masa depan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain