suria

J.K Rowling Cetuskan Magik Dalam Buku Interaktif PlayStation

LOS ANGELESE: Penulis buku Harry Potter, J.K Rowling mencetuskan idea berkonsepkan magik dalam “Book of Spells” (Buku Sihir) yang digunakan sebagai interaktif menggunakan permainan video hiburan PlayStation 3.

Ketua Sony Computer Entertainment, Andrew House berkata, syarikat gergasi hiburan dari Jepun itu mengadakan kerjasama dengan Rowling dan ‘Pottermore world’ dalam talian akan diperkembangkan pada bahagian perpustakaan “Wonderbooks” itu.

“Ini akan membuatkan anda mengembara untuk mempelajari magik, seperti seorang pelajar di Hogwarts,” kata beliau, yang merujuk kepada sekolah ilmu sihir dalam buku Harry Potter.

“Selamat datang kepada rekaan semula dalam buku cerita itu," katanya.

Pengguna PlayStation akan menggunakan kawalan yang digambarkan seperti tongkat sakti untuk menggerakkan helaian muka surat buku itu dan mempelajari magik. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain