suria

Mangsa Gempa Mexico Dibenar Pulang Ke Rumah

PASO CUAULOTE: Mangsa gempa bumi pada Khamis dibenarkan pulang ke rumah masing-masing untuk membersih kediaman mereka selepas berlaku gempa bumi kuat yang berukuran 7.4 skala Richter menggegarkan selatan negara itu kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, hampir 100 buah rumah musnah dan lebih 1,000 buah rumah mengalami kerosakan yang teruk.

Kawasan sempadan di negeri-negeri Oaxaco dan Guerrero adalah paling teruk dilanda gempa bumi kelmarin, antara terkuat yang melanda Mexico sejak gempa bumi 1985 meragut ribuan nyawa di ibu negara ini.

Menurut Menteri Pembanguan Sosial, Jorge Catalan, tiada kematian di laporkan sehingga kini, bagaimanapun kesemua mangsa masih trauma dengan kejadian yang menimpa. – REUTERS

Artikel Lain