suria

Kanak-Kanak Indonesia Meninggal Dunia Akibat Selsema Burung

JAKARTA: Pegawai Kesihatan Indonesia berkata, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun telah meninggal dunia akibat selesema burung di Jakarta - hanya beberapa hari selepas bapa saudaranya meninggal dunia akibat virus itu.

Virus H5N1 juga meragut nyawa seorang lelaki di Vietnam dan kanak-kanak kecil di Kemboja pada minggu ini. Virus ini juga telah memusnahkan stok ayam di seluruh Asia sejak 2003.

Kementerian Kesihatan Indonesia pada Jumaat berkata beberapa ujian makmal mengesahkan bahawa gadis itu mempunyai virus.

Dia dan bapa saudara berusia 23 tahun tinggal di rumah yang sama dan dipercayai mendapat jangkitan daripada burung merpati yang sakit.

Selesema burung jarang-jarang menjangkiti manusia dan biasanya menjangkiti orang-orang yang mempunyai hubungan secara langsung dengan ayam berpenyakit.

Tetapi para pakar bimbang ia akan bermutasi kepada bentuk yang baru dan menjangkiti manusia dengan manusia dengan mudah.

Artikel Berikut

Artikel Lain