suria

Kematian Akibat Banjir Filipina Meningkat 1,500 Orang

MANILA: Kematian akibat banjir besar di beberapa kampung di utara Filipina meningkat kepada hampir 1,500 orang selepas pihak berkuasa memperluaskan pencarian mayat.

Rekod terkini Pejabat Pertahanan Awam pada Selasa menyenaraikan sebanyak 891 kematian di Cagayan de Oro dan 451 lagi di bandar berdekatan iaitu Iligan.

Sementara jumlah selebihnya dijumpai di beberapa wilayah lain. Sebahagian besar kematian tidak dikenal pasti.

Ketua Pertahanan Awam, Benito Ramos berkata, mayat-mayat terapung di laut sehingga sejauh 100 kilometer dari dua bandar apabila ribut tropika melanda pada 16 Disember lalu selepas hujan tidak berhenti selama 12 jam sehingga mengakibatkan banjir besar yang memusnahkan rumah-rumah.

Ramos berkata, pencarian akan diteruskan selagi mayat-mayat dalam keadaan baik. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain